fbpx

Facebook sekat hasrat pesakit siar secara langsung detik kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COCQ mahu berkongsi saat kematiannya selepas menghidap penyakit yang jarang ditemui. – AFP

PARIS – Facebook menyekat hasrat seorang warga emas yang menderita menghidap penyakit yang jarang ditemui daripada menyiarkan secara langsung detik kematiannya di laman sosial berkenaan.

Selepas mengambil apa yang dikatakan sebagai minuman terakhirnya, Alain Cocq, 57, berkata, dia akan berhenti makan, minum dan mengambil ubat kecuali ubat tahan sakit sehingga dia meninggal dunia.

“Saya percaya saya ada masa seminggu lagi untuk hidup dan akan menyiarkan kematian saya secara langsung di Facebook selepas Presiden Perancis menolak permohonan saya untuk eutanasia (membunuh diri secara perubatan).

“Saya sedar hari-hari mendatang pasti sukar, tapi saya sudah pun membuat keputusan dan saya tenang sekarang,” kata Cocq yang merupakan bekas tukang paip dalam satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook.

Cocq menderita akibat penyakit yang menyebabkan dinding jantungnya melekat antara satu sama lain. Dia hidup dalam ke­sakitan selama 34 tahun selepas beberapa siri pembedahan.

Katanya, dia lebih rela mati daripada menderita kesakitan, manakala keadaan kesihatannya makin merosot.

“Saya akan berhenti daripada menghidrat badan saya dan dalam keadaan sekarang kematian saya akan menjadi semakin cepat.

“Perjalanan ke arah pembebasan diri saya sudah bermula dan percayalah, saya gembira dengannya. Saya ucapkan selamat tinggal kepada sesiapa yang saya tidak jumpa lagi,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI