fbpx

Empat ditahan tawar kerja tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Dollah

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Empat individu termasuk seorang wanita diberkas petang semalam selepas disyaki terlibat dengan aktiviti penipuan peluang pekerjaan palsu di atas sebuah kapal persiaran.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, keempat-empat suspek berusia lingkungan 30-an ditahan pada pukul 12.30 tengah hari di sebuah pasar raya di Plentong, di sini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengambil kesempatan ke atas masyarakat yang ketika ini terdesak mendapatkan pekerjaan ekoran penularan pendamik Covid-19.

“Semasa tangkapan dibuat, suspek sedang menjalankan sesi temuduga bagi menawarkan peluang pekerjaan di atas kapal persiaran yang tidak wujud.

“Penipuan suspek adalah dengan menaiki sebuah kapal persiaran di Terminal Feri Pasir Gudang pada 15 September ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ismail berkata, sindiket ini juga mengenakan syarat ke atas pemohon yang berminat perlu membayar RM250 secara atas talian ke dalam akaun sebuah syarikat milik suspek.

Jelasnya, kumpulan terbabit dipercayai telah menipu sekitar 30 pemohon yang menyatakan minat terhadap pekerjaan tersebut.

“Siasatan dibuat di Terminal Feri Pasir Gudang mendapati tiada mana-mana operator perkapalan di terminal itu yang menawarkan pekerjaan pada tarikh berkenaan.

“Tiada juga sebarang aktiviti turun naik kapal persiaran dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” ujarnya.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang pernah berurusan dengan suspek untuk tampil membantu siasatan.

Kesemua suspek dikenakan reman manakala siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI