fbpx

Belanda terima padah aksi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELANDA gagal beraksi dengan baik menyebabkan mereka terpaksa menanggung kekalahan kepada Itali awal pagi semalam. – AFP

AMSTERDAM – Kapten Belanda, Virgil Van Dijk menyifatkan, prestasi buruk yang dipamerkan mereka adalah punca utama kekalahan 0-1 kepada Itali pada aksi Liga Negara-Negara Eropah di Arena Johann Cruyff awal pagi semalam.

The Oranje sekadar mampu melakukan tiga percubaan tepat ke arah gawang gol Itali yang memenangi perlawanan itu menerusi jaringan tunggal Nicolo Barella pada hujung separuh masa pertama.

Van Dijk, 29, enggan memberikan sebarang alasan, sebaliknya menganggap dia dan rakan-rakan sepasukannya layak dipertanggungjawabkan ekoran kekalahan tersebut.

“Persembahan kami sangat teruk terutama dalam babak pertama. Kami langsung tidak memberikan mereka tekanan, selain kerap hilang penguasaan bola.

“Keadaan padang juga teruk tetapi saya tidak mahu menjadikan ia sebagai satu alasan. Sepatutnya, kami perlu bermain de­ngan lebih bagus daripada ini.

“Kami cuba bangkit pada separuh masa kedua tetapi ia masih tidak berjaya. Kami gagal menandingi Itali dalam perlawanan ini,” katanya.

Belanda selepas ini akan menghadapi Mexico dalam satu perlawanan persahabatan sebelum kembali meneruskan sai­ngan Liga Negara-Negara Eropah bulan depan menentang Bosnia dan Itali pada 12 serta 15 Oktober ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI