fbpx

Polis cari Loh Wai Hon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAI Hon dicari bagi membantu menjadi saksi penting perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 Shah Alam, Selangor.

KUALA LUMPUR- Polis Daerah Petaling Jaya memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan individu warganegara Malaysia bernama Loh Wai Hon yang merupakan saksi penting perbicaraan kes mahkamah.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal, lelaki berusia 35 tahun itu dicari bagi membantu perbicaraan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Ia merupakan kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi Jenayah Dua Shah Alam.

“Saksi diminta untuk hadir ke mahkamah pada hari Ahad, 13 September 2020,” katanya dalam satu kenyatan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd. Nizam Daud di talian 013 985 8885 atau 03 796 62222. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI