fbpx
AYOB Khan

Kematian Abdul Aziz disiasat secara menyeluruh – Ayob Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis Johor akan melakukan siasatan secara menyeluruh berhubung kematian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Abdul Aziz Aznam yang maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga sebuah kem tentera di Batu Pahat, 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebelum ini kes itu hanya diklasifikan sebagai mati mengejut namun kini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri akan mengambil alih siasatan merangkumi segala aspek.

“Kita akan lakukan siasatan secara menyeluruh dengan merangkumi segala aspek.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berhubung kematian Abdul Aziz.

“Serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 29 Ogos lalu, Abdul Aziz, 20, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem di Batu Pahat.

Mangsa yang sebelum itu dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat bagaimanapun menghembus nafas terakhir pada pukul 2.30 petang kelmarin.

Abangnya, Mohamad Amirul Naim, 22, mendakwa adiknya mengadu sering menjadi mangsa buli dan ragging ketika berada di kem tentera itu.

Mangsa juga pernah mengadu kepada keluarga bahawa dia pernah ditumbuk dan mukanya digosok dengan berus besi.- K! ONLINE

POPULAR