fbpx
Tangkap layar video tular di media sosial menunjukkan seekor gajah masuk ke sebuah kedai bagi mendapatkan makanan di Hentian Rehat & Rawat Puncak Banjaran Titiwangsa Ahad lalu.

[VIDEO] Gajah ‘pecah masuk’ kedai cari makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ASLIZA MUSA

GERIK – Kehadiran seekor gajah jantan liar yang menjadi ‘tetamu’ di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa dekat sini Ahad lalu, mengejutkan orang ramai yang berada di medan selera hentian tersebut.

Menerusi satu rakaman video tular, gajah itu dilihat cuba untuk masuk ke dalam sebuah kedai bagi mendapatkan makanan selain turut menjatuhkan tong sampah di kawasan berkenaan.

Kejadian kira-kira pukul 10 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada orang awam mahupun kerosakan kenderaan.

Difahamkan, gajah tersebut telah berkeliaran di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pemantauan telah dilakukan pihaknya di kawasan berkenaan dan haiwan itu telah pun dihalau ke habitat asalnya.

Bagaimanapun katanya, gajah tersebut tidak mustahil untuk datang semula ke hentian rehat tersebut dan meminta orang ramai agar berhati-hati.

“Sebaik sahaja menerima laporan, kita telah membuat kawalan dan menghalau gajah itu masuk semula ke hutan. Bagaimanapun, tidak mustahil haiwan itu akan datang semula.

“Orang ramai diminta agar tidak membuat provokasi dan menyangka yang gajah itu jinak. Jauhkan diri dan keluarga sekiranya melihat haiwan tersebut demi keselamatan,” katanya. – K! ONLINE

 

BERITA BERKAITAN