fbpx

39 kawasan masih proses pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR SELANGOR

KUALA LUMPUR- Sebanyak 39 kawasan masih lagi berada dalam proses pemulihan ekoran gangguan bekalan air tidak berjadual akibat penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 serta Rantau Panjang.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kawasan terbabit melibatkan daerah Klang, Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur.

“Secara keseluruhan, sejumlah 1,253 kawasan daripada 1,292 telah pulih sepenuhnya dengan peratusan pemulihan sebanyak 96.98 peratus.

“Semua kawasan satu dalam pelan pemulihan telah pulih sepenuhnya, manakala lapan kawasan yang berada dalam kumpulan dua pemulihan pula masih belum mendapat bekalan air sepatutnya iaitu pada 8 September 2020, 12 tengah malam,”katanya menerusi satu kenyataan akhbar di sini tadi.

katanya, Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan terlibat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI