fbpx

20 penjaja diberikan kebenaran sementara berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA di tapak perniagaan penjaja berhampiran Jalan Besar, Tanjung Karang.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memberi kebenaran sementara kepada 20 penjaja menjalankan operasi perniagaan di kawasan tempat letak kenderaan hadapan deretan premis berhampiran Jalan Besar, Tanjong Karang.

Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat berkata, keputusan itu dipersetujui selepas pihaknya mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan termasuk Ahli Parlimen Tanjong Karang,
Tan Sri Noh Omar pada 27 Ogos lalu.

“Kami sememangnya sedia maklum berhubung perkara itu dan perbincangan awal antara MDKS penjaja serta Ahli Parlimen (Noh) juga telah diadakan pada 22 Ogos lalu.

“Menerusi Mesyuarat Komunikasi Dua Hala, persetujuan kemudian dicapai untuk memberi kebenaran sementara kepada para penjaja untuk berniaga di lokasi yang dipohon,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan rayuan 20 penjaja di kawasan parkir itu diberikan permit sementara untuk berniaga selepas MDKS mengeluarkan notis melarang mereka meneruskan operasi perniagaan di kawasan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI