fbpx

Perak tidak sanggup diaibkan kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DURAKOVIC tidak mahu anak-anak buahnya memandang rendah lawan pada saingan Piala Malaysia kerana dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

KUALA LUMPUR – Perak perlu mengelak daripada terus dijadikan bahan jenaka menjelang aksi Liga Super seterusnya menentang kelab Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC di Stadium Perak, Ipoh pada Jumaat ini.

Ia susulan kekalahan memalukan 0-7 The Bos Gaurus kepada juara bertahan yang juga pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan keenam di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Jika Perak tidak mengambil iktibar daripada perlawanan itu, nasib sama bakal menanti mereka, kali ini kepada pasukan berstatus lebih kerdil seperti UiTM yang menewaskan naib juara musim lalu, Pahang 1-0 di Shah Alam semalam.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic menggesa anak-anak buahnya agar tidak mengulangi kesilapan ketika menentang JDT dan bangkit menebus maruah mereka dengan mencatat kemenangan melalui prestasi yang lebih membanggakan.

“Kesilapan sendiri menyebabkan kami kalah besar dengan JDT. Jadi ini adalah masa terbaik untuk pasukan mengambil iktibar dan belajar daripada kesilapan untuk perlawanan seterusnya.

“Kami akan berbincang dan menilai semula apa yang telah berlaku ketika bertemu JDT. Saya amat berharap semua pemain akan bersama-sama bangkit untuk meraih tiga mata di Ipoh selepas ini.

“Saya juga mengharapkan para pemain terus bersemangat dan mendapatkan semula keyakinan untuk perlawanan menentang UiTM yang sangat penting bagi kami,” katanya.

Ia adalah kekalahan kedua berturut-turut The Bos Gaurus selepas terdahulu tewas 0-1 kepada Melaka United selepas saingan Liga Super kembali bersambung setelah tertangguh sejak Mac lalu ekoran penularan wabak pandemik Covid-19.

Kali terakhir juara Piala Malaysia 2018 itu merasai nikmat kemenangan dalam saingan Liga Super ialah ketika menewaskan kelab Petaling Jaya (PJ) City FC 2-0 pada 11 Mac lalu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI