fbpx

MDC Asia sasar buka 99 cawangan di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peneraju perkhidmatan perubatan halal dan patuh syariah swasta, MDC Asia Link Bhd. (MDC Asia), menyasarkan untuk membuka kira-kira 99 cawangan klinik perubatan, pergigian, pusat kesihatan dan farmasi di seluruh negara menjelang tahun 2025.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Aslan Bacho berkata, ketika ini pihaknya mempunyai 10 cawangan sekitar Lembah Klang sejak mula beroperasi pada tahun lalu.
Menurut beliau, fokus utama syarikat adalah untuk memastikan barangan penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang digunakan oleh masyarakat di negara ini selamat, suci, halal dan patuh syariah.

“Untuk tahun ini, kami dalam perancangan untuk membina sebuah hospital pergigian swasta pertama di negara ini yang akan menelan kos kira-kira RM15 juta.
“Tujuan utama penubuhan hospital ini adalah untuk menyediakan kesihatan pergigian terbaik di negara ini dengan membawa beberapa pakar pergigian luar negara,” kata­nya pada sidang akhbar di sini ­semalam.
Mengulas mengenai perancangan masa hadapan, selain sasaran 99 cawangan, Aslan turut memaklumkan bahawa pihaknya menyasarkan untuk memiliki 10 hospital pergigian di seluruh negara dan tersenarai di Bursa Malaysia.
“Selain itu, kami juga sedang menghasilkan produk material pergigian pertama yang akan mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) .
“Kita juga merancang untuk melebarkan sayap perniagaan ke luar negara seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI