fbpx

Elfira Loy buat peminat risau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELFIRA LOY

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba kecoh sekejap Twitter Diva dengan gambar Elfira Loy. Pelik juga sebab rasanya tiada cerita panas mengenai pelakon kecil molek itu.

Selepas diselidik, rupa-rupanya ‘kekecohan’ itu muncul ekoran kapsyen foto Elfira yang dimuat naik dalam Instagramnya baru-baru ini.

“That smile is limited edition now (Senyuman itu sangat terhad ketika ini)”, katanya dalam hantaran tersebut.

Rata-rata netizen risau mengapa Elfira menulis kapsyen sedemikian.

Ada yang berpendapat dia mempunyai masalah rumah tangga. Bagaimanapun, ramai juga yang tetap mendoakan kebahagian dan kehidupan Elfira agar dijauhkan daripada sebarang masalah.

Bagi Diva, mungkin kapsyen itu tidak mempunyai maksud yang serius. Malah mungkin kerana tumpuan sudah beralih kepada anaknya, jadi foto anaknya pasti lebih banyak berbanding si ibu.

Disebabkan itulah senyuman sangat terhad.

Netizen pun, janganlah buat spekulasi laju sangat. Mizz Lahar tengok okey saja Elfira dan suaminya berposing masa majlis resepsi Mira Filzah, Jumaat lalu.

DIVA: Takziah kepada pelakon Daler Yusof atas kehilangan bapa dan neneknya kerana jangkitan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN