fbpx

Sukma perlu kekalkan acara angkat berat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUL

NAIB Presiden Persatuan Ang­kat Berat Malaysia (PABM), Amirul Hamizan Ibrahim berharap sukan angkat berat akan terus menjadi acara wajib dipertandingkan dalam edisi-edisi Sukan Malaysia (Sukma) seterusnya.

Bekas pemenang empat pingat emas Sukan Koman­wel itu menganggap Sukma sebagai platform pembangunan terbaik bagi melahirkan pelapis-pelapis baharu sebagai persediaan menghadapi kejohanan antarabangsa pada masa depan.

Amirul, 39, juga percaya jika acara angkat berat tidak dipertandingkan pada Sukma, ia mampu menjejaskan status sukan itu yang selama ini sentiasa menjadi antara penyumbang pingat Sukan Komanwel buat kontinjen negara.

“Sukan angkat berat dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini ada isu dan dikeluarkan daripada Sukma. Jadi kami mohon jasa baik untuk menyokong sukan ini kekal pada Sukma untuk pembangunan di peringkat antarabangsa contohnya Sukan SEA dan Komanwel.

“Status acara angkat berat pada Sukma tidak menentu dan kami takut sukan ini tidak lagi menjadi pilihan. Kadang-kadang sukan ini tidak mendapat kategori penuh pada Sukma, ia boleh menjejaskan pembangunan atlet angkat berat.

“Ia akan menjadi satu masalah besar kerana kita perlu tahu bahawa angkat berat adalah salah satu sukan penyumbang pingat untuk Sukan Komanwel. Kami takut jika ia (status) tidak dapat dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas mesyuarat pemilihan kriteria Sukan SEA 2019 bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Wisma MOM, Kuala Lumpur kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI