fbpx

MOSTI galak pelajar pilih sains sebagai kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (dua, kanan) ketika melawat booth pameran selepas Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Biduanda UiTM Rembau, di sini pagi tadi.

NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) mengalu-alukan golongan muda terutamanya pelajar supaya memilih bidang berasaskan sains sebagai kerjaya di masa hadapan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, negara masih lagi berhadapan dengan masalah kekurangan pakar dalam aliran berkenaan.

Menurutnya, terdapat nisbah yang telah ditetapkan di peringkat pengajian tinggi di mana sasaran sebanyak 60 peratus pelajar daripada bidang sains manakala 40 lagi di bidang lain.

“Bagaimanapun, kini di institusi pengajian tinggi hanya sekitar 40 peratus sahaja pelajar aliran sains. Kita sedang bekerja keras meniupkan lagi semangat kepada anak-anak muda untuk lebih berminat kepada aliran sains.

“Kita kena ubah pendekatan kita pada sains serta perlu membudayakan sains dan teknologi sebagai sebahagian daripada kehidupan rakyat,” katanya sempena Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Sembilan di Dewan Biduanda Universiti Teknologi MARA (UiTM) Rembau, di sini, pagi tadi.

Turut hadir, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk IR Dr Siti Hamisah Tapsir; Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr Mohd Abd Wahab Yusof dan Naib Canselor UiTM, Azraai Kassim.

Khairy turut menekankan keutamaan kerajaan untuk mengutamakan teknologi serta pakar tempatan seperti mana perlaksanaan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI