fbpx

4 beradik ditahan kes pencemaran air sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Empat beradik yang juga pemilik kilang disyaki terlibat dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air di Lembah Klang ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun itu ditahan dalam operasi khas bermula pukul 11 malam sehingga 12.30 tengah malam tadi.

“Tangkapan dibuat di kediaman mereka dan ada di antara mereka ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan permohonan reman dibuat pagi ini di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Noor Azam, siasatan awal mendapati kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik-beradik selepas kematian bapa mereka.

Terdahulu, Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas selepas menerima dua laporan berhubung isu pencemaran air sungai

Pasukan khas itu terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan beberapa agensi lain. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI