fbpx

[VIDEO] Komuter, ETS bergesel, seorang cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN ETS dan komuter yang bergesel berhampiran Stesen Kuang, Selangor petang tadi.

KUALA LUMPUR- Sebuah komuter tiga gerabak dan sebuah kereta api elektrik (ETS) bergesel berhampiran Stesen Kuang, Selangor petang tadi.

Seorang penumpang komuter cedera manakala 29 lagi serta 93 penumpang ETS tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian pada pukul 6.37 petang itu.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata, komuter itu dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh sebelum bergesel dengan ETS yang sedang bergerak dari Stesen Padang Besar yang menuju Stesen KL Sentral.

“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Satu landasan antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Rawang masih boleh digunakan untuk perkhidmatan tren-tren lain. Pihak kami menjangkakan akan berlaku sedikit kelewatan bagi perkhidmatan tren-tren tersebut,” katanya.

Beliau berkata, penumpang komuter yang cedera ringan di tangan itu telah diberi rawatan kecemasan oleh kakitangan KTMB di Stesen Kuang sebelum mangsa meneruskan perjalanan ke Stesen Sungai Buloh.

Para penumpang ETS yang terlibat juga telah dipindahkan menaiki gerabak ETS berikutnya untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Tambah Kamarulzaman, pihaknya sedang giat menjalankan kerja-kerja membaik pulih di lokasi kejadian.

Semua agensi berkaitan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat telah dimaklumkan mengenai siasatan itu. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI