fbpx

Sepang DiHati, Jom Bercuti @Sepang ganti Tahun Melawat Sepang 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Kejuruteraan MPSepang, Ahmad Saifunazif Mat Yatim (kanan) menyerahkan watikah perlantikan YDP MPSepang kepada Abd Hamid.

Oleh SUBKHI SUDARJI

SEPANG – Majlis Perbandaran Sepang (MPS) tetap melaksanakan program setempat dalam usaha menarik kehadiran pelancong berkunjung ke daerah Sepang dengan memperkenalkan motto Sepang DiHati, Jom Bercuti @Sepang.

Program itu bagi menggantikan Tahun Melawat Sepang 2020 (TMS 2020) yang dilancarkan sebelum ini namun terpaksa dihentikan ekoran pandemik Covid-19.

Yang diPertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, penukaran motto itu bersesuaian dengan sasaran untuk memperkasa pelancongan domestik.

“Pelaksaan dan penekanan lebih kepada pelancongan domestik dengan hebahan kini giat dilakukan melalui sosial media dan sambutan diberikan amat memuaskan.

“Tumpuan pastinya di lokasi pantai dan penginapan antaranya Bagan Lalang yang sememangnya penuh setiap kali cuti panjang atau hujung minggu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Angkat Sumpah sebagai Yang diPertua MPSepang kelima di sini pagi tadi.

Abd. Hamid, 53, yang sebelum ini merupakan YDP Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menggantikan YDP terdahulu, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim.

Beliau dilahirkan di Pulau Langkawi, Kedah dan pernah bertugas di MPSepang sejak tahun 1997 hingga 2002 sebagai Setiausaha MPSepang sebelum bertugas sebagai Pemangku YDP MPAJ selama dua tahun dan YDP MPAJ selama lima tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI