fbpx

Pembawa rayu kerajaan lanjutkan moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajudin (duduk dua dari kiri) bergambar bersama pengusaha bas ekspres bumiputera pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pembawa ke 25 di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung (Pembawa) merayu supaya kerajaan dapat melanjutkan tempoh moratorium sehingga akhir tahun ini.

Yang Dipertua Pembawa, Tajudin Mohamad Yunus berkata, ketika ini kebanyakan syarikat bas ekspres mengalami masalah untuk membayar pinjaman kerana perniagaan mereka masih terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Katanya, sepanjang tempoh empat bulan lalu, pendapatan syarikat bas ekspres berkurang lebih daripada separuh akibat pandemik Covid-19.

“Kita bimbang apabila tempoh moratorium tamat hujung bulan ini, kebanyakan syarikat bas yang masih bergelut dengan perniagaan mereka tidak mampu untuk membayar pinjaman.

“Kesannya, lebih 3,000 pekerja yang bernaung di bawah 19 syarikat dalam Pembawa hilang pekerjaan apabila syarikat terpaksa gulung tikar,”katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pembawa di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah.

Pada masa sama, Tajudin turut merayu kepada kerajaan supaya dapat mempertimbangkan cadangan pihaknya agar kadar tambang bas ekspres dinaikkan sekurang-kurangnya 40 peratus selepas ia tertangguh sejak 12 tahun lalu.

Katanya, kadar tambang bas ekspres yang diguna pakai sekarang adalah berdasarkan pengiraan kos pada tahun 2008.

“Kenaikan kos operasi dan kos penyelenggaraan saban tahun menyebabkan pengusaha bas ekspres semakin tersepit, malah setiap tahun banyak syarikat merekodkan kerugian.

“Justeru, Pembawa sangat mengharapkan kerajaan dapat memberi pertimbangan sewajarnya demi kelangsungan pengusaha bas ekspres Bumiputera khususnya,”ujarnya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI