fbpx

Lelaki gigit lidah biawak hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video menunjukkan seorang lelaki menggigit lidah seekor biawak yang tular di media sosial semalam.

KUALA LUMPUR – Pengotor, jijik dan zalim. Itu reaksi netizen apabila menonton rakaman klip video yang memaparkan seorang lelaki sedang mengigit lidah se­ekor biawak yang masih hidup.

Rakaman berdurasi 11 saat yang dikongsi di akaun Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) telah ditonton le­bih 11,000 kali dan dikongsi lebih 350 pengguna petang semalam.

Berdasarkan rakaman tersebut, kejadian itu dipercayai berlaku di negara ini melalui percakapan seorang individu dalam video terbabit yang menyebut ‘dahsyatnya’.

Animal Malaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, tindakan tersebut adalah satu penganiayaan terhadap haiwan liar dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana mencederakan haiwan dengan cara kejam.

“Perlakuan lelaki ini zalim serta mengundang penyakit berjangkit yang berbahaya akibat jangkitan kuman atau virus daripada binatang yang masih hidup itu.

“Bagaimanapun, setakat ini lokasi dan maklumat lain tidak diperoleh, namun Animal Malaysia percaya mesti ada kenalan, saudara mara, jiran tetangga dan majikan mengenali lelaki terbabit,” katanya.

Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi hotline Animal Malaysia di talian 011-20901097.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook bernama Daisy Dash mengutuk tindakan lelaki terbabit yang dianggapnya sebagai seorang pengotor.

“Pengotornya, kalau nak makan sembelihlah dulu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Ana Juliana, menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas lelaki terbabit.

“Jika kes ini berlaku di Malaysia, harap lelaki terbabit akan dapat ditangkap,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI