fbpx

Lelaki ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan berhampiran sebuah medan selera di Sitiawan petang semalam.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri di tepi jalan di belakang sebuah medan selera di Sitiawan dekat sini petang semalam dipercayai terkena serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan telefon pada pukul 6.30 petang daripada anggota polis kereta peronda memaklumkan mengenai penemuan lelaki berusia 40-an itu.

“Susulan itu pihak Hospital Seri Manjung (HSM) dipanggil dan hasil pemeriksaan mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat berkenaan juga disahkan bukan dikategorikan sebagai pesakit Koronavirus (Covid-19) oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan dia kemudian dibawa ke Unit Forensik HSM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, proses bedah siasat dijangka akan dijalankan kira-kira pada pukul 9 pagi hari ini.

“Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah, hasil siasatan awal oleh pihak polis di tempat kejadian,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI