fbpx

Bukan untuk dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ dinamakan sebagai pemain buruan Barcelona selepas pasukan itu yang dibimbing jurulatih baharu, Ronald Koeman mahu membuat perubahan. – AFP

MILAN – Pengarah Sukan Inter Milan, Piero Ausilio mengesahkan bahawa penggempur sensasi mereka, Lautaro Martinez tidak akan dijual dan Barcelona perlu melupakan niat mereka.

Martinez dikaitkan dengan perpindahan ke Camp Nou sejak musim lalu dan perkembangan terbaharu yang berlaku di Barcelona menyaksikan kelab itu menamakannya sebagai pengganti kepada Luis Suarez.

Pemain antarabangsa Argentina itu mempunyai klausa pelepasan di dalam kontraknya sehingga Julai lalu dan tempohnya sudah tamat menyebabkan Inter menganggap dia sudah terkeluar daripada pasaran perpindahan.

“Kami sedar ada cubaan daripada Barcelona untuk mendapatkan pemain ini tetapi kami tidak pernah memulakan urusan rundingan.

“Memang terdapat klausa perpindahan tetapi ia tidak pernah digunakan oleh mana-mana kelab untuk mendapatkan Martinez, jadi kami menganggap dia sudah terkeluar daripada pasaran perpindahan,” katanya.

Dalam pada itu, Ausilio turut menafikan bahawa ada rundi­ngan untuk membuat pertukaran antara Martinez dan Lionel Messi yang terdesak untuk meninggalkan Barcelona.

“Saya tidak tahu di mana da­tangnya idea mengenai pertukaran itu. Jika kita bercakap mengenai Messi, tidak ada kelab yang menolaknya tetapi secara realitinya adalah berbeza.

“Ini tidak bermakna kami tidak suka berurusan dengan Barcelona.

“Kami berminat dengan Arturo Vidal jika kelab itu mahu melepaskan khidmatnya kami mungkin bersedia mempertimbangkannya tawaran ber­kenaan,” jelasnya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI