fbpx

Lelaki menyamar anggota polis samun sebuah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian sebelum menemui satu kelongsong peluru dipercayai hasil tembakan suspek.

Oleh TOREK SULONG

BACHOK – Tiga lelaki berdepan detik cemas apabila mereka ditembak oleh individu yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis di Jalan Kampung Sungai, Perupok di sini pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian pada pukul 5.40 pagi itu, suspek bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah jalan raya dipercayai sebagai amaran kepada mangsa.

Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa berusia 34 tahun bersama abang ipar dan anak saudaranya menaiki kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru telah menghalang laluan mereka sebelum seorang penumpang lelaki keluar dari kereta itu.

“Penumpang yang memakai jaket polis berwarna hijau dan berseluar pendek telah mengarahkan mangsa keluar dari kereta sebelum melepaskan satu das tembakan ke atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafien, suspek kemudian melarikan kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mangsa.

Katanya, hasil siasatan awal tempat kejadian telah menemui satu kelongsong peluru warna perak bertulis ‘B0063’ pada badan kelongsong dan bertulis ‘S3 LUGER 9MM’ dibahagian bawah kelongsong.

Susulan kejadian itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian boleh menyalurkannya cara menghubungi Hotline Polis Kontinjen Kelantan di talian 09-745 0999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta senjata Api (Penalti Lebih Berat) 197. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI