fbpx

Pemandu maut, rakan parah kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Saga BLM setelah terbabit dalam kemalangan di Jalan Persekutuan arah utara dekat Pekan Trolak di sini malam tadi.

Oleh ZAKI SALLEH

SLIM RIVER – Perjalanan dua lelaki berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki terbabas di Jalan Persekutuan arah utara dekat Pekan Trolak di sini malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Nur Shafik Hasrul Nuruddin, 29, yang juga pemandu kereta tersebut, manakala penumpang yang cedera parah ialah Mohd. Ramadhan Abu Bakar, 26.

Mangsa beralamat di Taman Permai Jaya, Sungkai dekat sini bekerja di pasar raya Econsave.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Mohd. Fazrul Azuan Norman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis pada pukul 7.04 malam.

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama dua jentera dihantar ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kemalangan jalan raya ini melibatkan sebuah kereta Proton Saga BLM yang terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan menyebabkan dua orang mangsa di dalamnya tersepit.

“Kita telah bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mereka kepada pihak perubatan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Pemeriksaan pegawai perubatan kemudian mengesahkan pemandu kereta tersebut telah meninggal dunia, manakala penumpangnya cedera parah.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera juga dikejarkan ke hospital sama bagi rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.05 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI