fbpx

Alfa Romeo mula risik Mick Schumacher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCHUMACHER mula mempamerkan potensi sebenar menyebabkan Alfa Romeo bersedia memberikannya peluang. – AFP

BRUSSELS – Ketua pasukan Alfa Romeo, Frederic Vasseur mengakui cukup berminat untuk memberi peluang kepada pelumba muda, Mick Schumacher beraksi dalam kancah Formula Satu (F1) buat pertama kali musim depan.

Sebagai rekod, Mick adalah anak kepada pelumba legenda F1, Michael Schumacher dan ketika ini pelumba itu beraksi dalam kejohanan Formula Dua (F2) bersama pasukan pelapis Ferrari.

Kata Vasseur, pasukannya akan berusaha untuk mendapatkan slot untuk Mick membuat debut pertamanya sebelum tamat saingan musim ini memandangkan hubungan baik Alfa Romeo bersama pasukan Ferrari.

“Saya percaya ada ruang dan peluang untuk Mick memandu jentera F1 buat kali pertama sebelum tamat musim ini. Ada enam lagi perlumbaan, jika dia terpilih, kemungkinan untuk dia mewakili pasukan utama tahun depan agak cerah,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan Ferrari, Mattia Binotto mengakui Mick sudah menunjukkan kematangan dan bersedia untuk dinaikkan pangkat bersama mana-mana pasukan F1 musim depan.

“Dia sudah mempamerkan potensi sebenar di atas litar dan mungkin ada harapan untuk mana-mana pasukan F1 merisik khidmatnya pada tahun depan. Apa pun keputusan, kami sedia berbincang,” katanya.

Mick yang kini berusia 21 tahun dianggap sebagai salah seorang pelumba muda berbakat dan berpotensi menyamai rekod ayahnya untuk bergelar juara dunia F1 pada masa depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI