fbpx

Roma hilang 4 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLUIVERT menjadi pemain keempat Roma yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari bercuti. – AFP

ROMA – Persiapan skuad gergasi Itali, AS Roma menjelang saingan Serie A terganggu ekoran empat pemain pasukan itu didapati positif wabak Covid-19.

Selepas penjaga gol, Antonio Mirante positif minggu lalu, penyerang Sepanyol, Carles Perez mengesahkan dia turut dijangkiti wabak berbahaya kelmarin.

Pemain pertahanan kanan, Bruno Peres turut mengakui dia juga positif wabak tersebut, namun tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti Covid-19.

Terbaharu, penyerang muda Belanda, Justin Kluivert yang baru pulang daripada bercuti di Belanda dan Ibiza di Sepanyol minggu lalu menjadi pemain keempat diuji positif .

“Saya hormati proses kuarantin tetapi saya tak sabar kembali bersama pasukan. Saya akui keadaan ini mengganggu persiapan pasukan apabila liga akan bermula tidak lama lagi.

“Dua hari lalu, saya telah menjalani ujian Covid-19 sebelum memulakan latihan bersama pasukan tetapi telah disahkan positif,” kata Mirante.

Pandemik Covid-19 kini telah menyerang Itali apabila kira-kira 265,409 individu dijangkiti dan mengakibatkan 35,472 kematian setakat ini.

Kelab lain di Itali turut melaporkan beberapa kes positif dalam kalangan pemain dan staf yang pulang daripada bercuti.

Jurulatih Bologna, Sinisa Mihajlovic yang menjalani rawatan leukemia sejak tahun lalu diuji positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI