fbpx

Cuepacs sambut baik langkah PM melaksanakan sistem e-kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menyambut baik langkah pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mahu melaksanakan sistem kerajaan elektronik (e-kerajaan) dalam perkhidmatan awam pada masa akan datang.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, kerajaan mengambil langkah yang tepat dan sesuai pada masanya bagi memastikan negara terus bergerak ke hadapan selepas penularan wabak Covid-19.

“1.6 juta kakitangan kerajaan mampu menarik nafas lega dalam pelaksanaan sistem tersebut.

“Pendekatan ini juga mampu menambah baik kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam di negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, dia mengingatkan penjawat awam yang lain supaya tidak membuat sebarang andaian yang negatif berhubung pelaksanaan sistem tersebut.

“Mereka (kakitangan awam) tidak perlu bimbang jika sistem ini akan mengurangkan jumlah kakitangan dalam perkhidmatan awam.

“Sistem ini diwujudkan untuk menjadikan kerja yang dilakukan ketika ini lebih mudah dilaksanakan,” ujarnya.

Tambahnya, dia menyeru semua kakitangan awam untuk melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat semasa bagi kekal kompetitif. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI