fbpx

Tiga buah rumah hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga buah rumah separa kayu musnah dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Sungai Pinang, Kampung Rawa, George Town di sini sebentar tadi. Foto IHSAN PEMBACA

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Tiga buah rumah separa kayu musnah dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Sungai Pinang, Kampung Rawa di sini sebentar tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam itu melibatkan kediaman berpenghuni yang terletak secara bersebelahan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Saladin Abdul Rahim berkata, pihakya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 10.15 malam dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

“Sampai di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah kelas C dengan anggaran peratusan kebakaran adalah 100 peratus.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut dan kerja-kerja pemadaman api sedang dijalankan dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Paya Terubong serta Pasukan Bomba Sukarela berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI