fbpx

Mohd. Khairuddin hadir beri keterangan di Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin

KUALA LUMPUR- Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pukul 8 malam tadi untuk memberi keterangan berhubung pelanggaran kuarantin selepas pulang dari luar negara awal bulan lepas.

Sehingga pukul 8.30 malam, proses mengambil keterangan masih berlangsung.

Polis mengambil keterangan beliau selepas Kementerian Kesihatan menyerahkan kertas siasatan berhubung isu pelanggaran kuarantin oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus itu selepas pulang dari lawatan tidak rasmi di Turki pada 3 hingga 7 Julai lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI