fbpx

Kerani rugi RM5,492 ditipu sindiket pinjaman tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Hasrat seorang kerani di sini untuk membuat pinjaman wang mudah sebanyak RM30,000 musnah malah kerugian RM5,492 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang berusia 40-an tertarik dengan tawaran pinjaman mudah itu selepas melayari laman sosial Facebook baru-baru ini.

Katanya, mangsa menerima pesanan WhatsApp daripada individu yang kononnya adalah kakitangan bank selepas meninggalkan nombor telefon di ruangan iklan laman terbabit.

“Mangsa yang diminta untuk melunaskan pelbagai bayaran termasuk insuran dan wang proses kemudiannya membuat tiga transaksi pembayaran melalui tiga akaun bank yang diminta.

“Curiga selepas diminta untuk membuat bayaran tambahan, mangsa bertindak menghubungi pihak bank sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI