fbpx

Keluarga harap suspek ragut dibawa ke muka pengadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Norliza ketika mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau pada 12 Ogos lalu.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Ahli keluarga mangsa ragut berharap suspek yang bertanggungjawab menyebabkan ibu mereka mengalami kecederaan parah dan patah beberapa anggota badan pada 12 Ogos lalu dihadapkan ke muka pengadilan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Norliza Ismail, 53, patah tulang tangan kiri, pipi kiri dan kanan serta hidung selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terjatuh ketika bergelut dengan dua peragut di Jalan Air Putih di sini.

Anak lelaki mangsa, Muhammad Hafidz Abdul Manaf, 26, berkata, pihaknya lega selepas mendapat berita penahanan dua suspek yang terlibat dalam kes ragut itu selain mengharapkan hukuman setimpal dikenakan terhadap mereka.

“Keadaan ibu saya kini tidak seperti dulu. Dia sering mengadu sakit pada bahagian muka setiap kali bersin dan terpaksa dipapah untuk pergi ke tandas disebabkan mengalami kesakitan pada lutut akibat kejadian itu.

“Kini ibu tinggal di rumahnya di Balik Pulau dan  doktor menasihati supaya mendapatkan rehat yang secukupnya,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Kelmarin, polis dari Ibu Pejabat Daerah Barat Daya  menahan dua suspek lelaki berusia 16 dan 24 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ragut di kawasan Balik Pulau kira-kira pukul 2 pagi.

Kedua-dua suspek yang tidak bekerja dan memiliki rekod jenayah lampau itu telah ditahan reman selama empat hari sehingga 28 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI