fbpx

Doktor dituduh menipu pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD.Rafi'uddin dibawa ke Mahkamah Majistert Seremban semalam./ FOTO - MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Seorang pegawai perubatan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban di sini hari ini atas tuduhan menipu dalam pelaburan yang tidak wujud membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM43,000 tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Rafi’uddin Hamidon, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Rafi’uddin didakwa menipu seorang lelaki berusia 34 tahun dengan memperdayakan mangsa untuk membuat pembayaran bagi urusan pelaburan tidak wujud.

Mangsa membuat pemindahan wang secara online berjumlah RM43,000 ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama syarikat milik tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Bandar Sri Sendayan pada 2 Jun 2019 hingga 3 Jun 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebatan atau boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi, manakala tertuduh di wakili peguam, Faizal Rahman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 14 September depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI