fbpx

Anjur Konvoi Info On Wheels Merdeka 2020 sempena Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kakitangan Jabatan Penerangan Selangor bergambar selepas selesai program Konvoi Info On Wheels di Kampung Penerangan di Sabak Bernam baru-baru ini.

SEMANGAT. Jabatan Penerangan Negeri Selangor menganjurkan program Konvoi Info On Wheels Merdeka 2020 bermula pada 15 Ogos hingga 16 Ogos lalu.

Program tersebut menjelajah beberapa daerah di negeri Selangor bermula dari Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan berakhir di Gombak.

Ia merupakan program kesinambungan kepada majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020 yang disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ini.

Jurucakap Jabatan Penerangan negeri berkata, konvoi berkenaan bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-63, selain memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan kakitangannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI