fbpx

Pemandu maut dihempap lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori dengan muatan kayu getah yang terbalik dan mengakibatkan kematian pemandunya hari ini.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

LIPIS – Seorang lelaki maut selepas dihempap lorinya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Relai, Kerambit di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 12 tengahari itu berlaku ketika mangsa, Tan Kim Han, 29, sedang menjalankan kerja-kerja memindahkan kayu getah.

“Semasa kejadian mangsa sedang berada di atas kepala lori berkenaan sebelum ia bergerak sendiri menuruni bukit dan merempuh tebing bukit mengakibatkan lori yang penuh dengan muatan kayu getah itu terbalik.

“Akibat daripada itu mangsa telah terjatuh dan di hempap lori tersebut,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dihempap tayar kanan lori berkenaan. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI