fbpx

Misi serampang dua mata Vincent Tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINCENT mahu menggunakan slogan baharu pada jersi Cardiff City iaitu ‘Malaysia Berjaya’ yang bakal dilancarkan di Cardiff minggu ini.

Oleh MOHD FARIQ

PEMILIK Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan mengesahkan bahawa perkataan ‘Malaysia Berjaya’ akan menjadi slogan di depan jersi pasukannya pada musim hadapan.

Menurut Vincent, perubahan slogan Visit Malaysia kepada ‘Malaysia Berjaya’ memiliki agenda tersendiri yang mana beliau mendedahkan impiannya untuk membawa nama Malaysia di pentas dunia.

Jelas Vincent, bagaikan serampang dua mata, rahsia di sebalik pertukaran slogan ‘Malaysia Berjaya’ itu memberikan dua makna besar kepada dirinya sebagai pengasas Kumpulan Berjaya dan pengenalan lagu patriotik negara.

“Seperti saya katakan sebelum ini, saya seorang patriotik dan Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kepada diri saya.

“Saya sentiasa terbuka dan ingin komitmen kepada kerajaan Malaysia dalam membantu promosi negara.

“Sepanjang 10 tahun bersama Cardiff, saya dapat sekali tajaan bernilai RM15 juta pada musim 2013/2014 ketika Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menjadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

“Daripada situ, bermulanya Visit Malaysia dan saya amat berterima kasih kepada beliau dan kerajaan kerana saya mahu promosi Malaysia melalui saluran bola sepak.

“Semua orang tahu betapa penting harganya jika ada penaja di depan jersi, kerana itulah tempat paling eksklusif buat mana-mana penaja.

“Namun demi cintakan negara, saya mahu nama Malaysia berada di tempat ekslusif itu dan bermula musim depan, slogan itu ditukar kepada ‘Malaysia Berjaya’.

“Slogan itu bukan sahaja me­rujuk kepada patriotik negara sebaliknya juga memberikan sentimen peribadi (sebagai pengasas Kumpulan Berjaya) kepada saya,” katanya.

Cardiff City bakal beraksi dalam Liga Kejuaraan England dengan menentang Sheffield Wednesday pada 12 September ini.

Musim lalu, Cardiff City menduduki tangga kelima selepas mengumpul 73 mata sepanjang 46 perlawanan.

Cardiff berjaya memperoleh slot playoff Liga Perdana Inggeris tetapi tewas 2-3 secara agregat kepada Fulham.

Selain memegang status pemilik Cardiff City, Vincent Tan juga memiliki kelab Belgium, KV Ko­rtrijk yang telah menandata­ngani pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dengan perjanjian selama lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI