fbpx

Jong-suk beli kediaman mewah Nine One Hannam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JONG-SUK

PELAKON kacak Lee Jong-suk menjadi perhatian selepas timbul laporan mengatakan dia membeli sebuah kediaman mewah bernilai lebih AS$4.2 juta (RM17.5 juta).

Kediaman dengan nama Nine One Hannam yang dibeli aktor itu sangat terkenal sebagai salah satu lokasi perumahan berkonsepkan vila elit kerana sangat ketat dengan keselamatan penghuninya.

Beberapa selebriti terkenal turut dikatakan membeli kediaman di situ antaranya G-Dragon dan Joo Ji-hoon, selain ahli politik.

Vila mewah itu dilaporkan mempunyai sembilan buah bangunan dan 335 buah rumah dengan setiap satu unit dilengkapi tangga bergerak, selain kawasan taman persendirian.

Sebelum ini, aktor drama Doctor Stranger itu menetap di sebuah kediaman terletak di Gangnam-gu Shinsadong, Seoul.

Dia kemudian dilaporkan menjual kediaman yang dibeli pada harga AS$3.2 juta (RM13.34 juta) itu sebelum membeli vila mewah di Nine One Hannam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI