fbpx

Terjun bangunan elak ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penagih yang cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat satu sebuah pangsapuri di Klang.

KLANG – Seorang penagih dadah nekad bertindak terjun daripada tingkat satu sebuah pangsapuri di Taman Pendamar indah 2 bagi mengelak ditangkap dalam Ops Perdana Klang di sini semalam.

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 30an itu gagal selepas dicekup penguatkuasa
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Klang yang menunggunya di bawah tingkat tersebut.

Menurut sumber, lelaki tersebut pada awalnya menagih dadah bersama tujuh lagi rakannya di tangga salah sebuah blok bangunan pangsapuri itu sebelum terkejut dengan kehadiran pihak AADK.

Katanya, suspek kemudiannya cuba melarikan dengan memanjat bumbung dan terjun ke bawah sebelum ditangkap namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Berdasarkan operasi bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam itu turut berjaya menahan keseluruhan 40 individu termasuk dua wanita.

“Hasil ujian air kencing mendapati mereka positif syabu, ganja dan heroin,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Ujar sumber berkenaan, hasil siasatan turut mendapati rata-rata suspek berusia 30 hingga 40an bekerja sebagai buruh dan telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Operasi, Ezwan Shahrin Saihani menegaskan seramai 30 anggota dan pegawai dari AADK Klang, Hulu Selangor, Petaling dan Majlis Perbandaran Klang terlibat dalam operasi tersebut.

“Kesemua suspek yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI