fbpx

Lima murid kes baharu Kluster Tawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Lima orang murid sebuah sekolah rendah di Kedah berusia sembilan dan 12 tahun merupakan kes baharu Covid-19 bagi Kluster Tawar hari ini.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada 11 kes baharu jangkitan Covid-19 yang dilaporkan dalam negara sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 9,285 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 11 kes baharu itu, sembilan adalah kes penularan tempatan membabitkan warganegara manakala dua lagi kes import.

Beliau berkata, lima kes baharu bagi Kluster Tawar itu menjadikan jumlah kes membabitkan kluster tersebut adalah sebanyak 70 kes.

“Hasil siasatan mendapati, mereka adalah kontak rapat kepada kes ke-9,197 iaitu murid prasekolah yang mana kes dilaporkan pada 16 Ogos lalu,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Beliau berkata, dua lagi kes di Kedah ialah satu kes saringan prapembedahan di Hospital Sultan Abdul Halim sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan satu lagi kes ialah saringan bergejala.

Tambah beliau, dua lagi kes penularan tempatan dikesan di Selangor dan Perlis yang mana mangsa tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan kes jangkitan pernafasan akut teruk di Hospital Tuanku Fauziah.

Selain itu, Noor Hisham berkata, dua kes import pula mendapat jangkitan dari negara Filipina dan Indonesia.

Katanya, sebanyak enam kes pulih Covid-19 dilaporkan hari ini, lapan kes sedang dirawat di unit rawatan rapi yang mana enam kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala tiada pertambahan kes kematian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI