fbpx

Empangan Teluk Bahang catat kapasiti air terburuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pada 4 Ogos lalu, Empangan Teluk Bahang, Balik Pulau mencatatkan kapasiti efektif 19.6 peratus berbading hari ini 17.2 peratus.

BALIK PULAU – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) mengambil langkah meminimumkan pelepasan air mentah dari Empangan Teluk Bahang di sini selepas ia mencapai kapasiti efektif 17.2 peratus ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa berkata, kapasiti itu hanya mampu menampung bekalan air normal selama 52 hari bagi pengguna di Teluk Bahang, Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah.

“Ia adalah kapasiti efektif terendah dicatatkan sejak empangan itu dibuka pada 1999.

“PBAPP harus memastikan bekaan air berterusan di kawasan tumpuan pelancong itu dan kami mungkin tidak akan menghentikan pelepasan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 4 Ogos lalu, empangan tersebut mencatatkan kapasiti efektif air sebanyak 19.6 perats.

Menurut Jaseni lagi, situasi itu timbul berikutan jumlah hujan yang rendah dicatatkan dalam tempoh 12 bulan lalu.

“Dalam tempoh tersebut, jumlah hujan adalah 4,466 milimeter (mm) iaitu 30 peratus lebih rendah berbanding purata hujan sebanyak 6,441 mm untuk tempoh sama sejak 2017 hingga 2019.

“Justeru atas cadangan PBAPP, kerajaan negeri akan melaksanakan lapan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air empangan itu,” katanya lagi.

Sementara itu, Jaseni turut meminta kira-kira 38,000 pengguna di sekitar Teluk Bahang, Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran air. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI