fbpx

Dynamite BTS pecah rekod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BTS

KUMPULAN popular BTS sekali lagi melakar sejarah apabila lagu baharu mereka berjudul Dynamite mencatatkan 10 juta tontonan dalam masa hanya 21 minit selepas dilancarkan baru-baru ini.

Dynamite yang merupakan lagu bahasa Inggeris daripada kumpulan itu diluncurkan secara rasmi menerusi laman YouTube pada tepat pukul 1 tengah hari, 21 Ogos lalu waktu Korea Selatan.

Lagu kumpulan yang dianggotai tujuh jejaka itu juga turut mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 20 juta dalam masa sejam 14 minit, sekali gus memadam rekod yang diraih kumpulan wanita popular Blackpink menerusi lagu How You Like That yang mencatatkan jumlah sama dalam tempoh empat jam 32 minit.

Rekod dipecahkan BTS kerana Dynamite merupakan single bahasa Inggeris pertama mereka sekali gus membuatkan peminat ternanti-nantikan pelancarannya.

Lagu yang berdurasi sepanjang 3.44 minit tersebut memaparkan konsep persembahan yang ceria dan energetik kepada peminat yang lama menunggu kemunculan semula mereka dalam industri.

Selain rekod 10 juta tontonan, video muzik rasmi lagu tersebut turut menerima tanda suka sebanyak sejuta dalam masa 20 minit.

Dalam perkembangan lain, BTS dilaporkan akan membuat kemunculan perdana menerusi MTV Video Music Awards yang dijadualkan bersiaran

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI