fbpx

Peti wang muzium ninja kena kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILUSTRASI menunjukkan pahlawan ninja. – AGENSI

TOKYO – Mereka datang di tengah malam gelap dan tiada sesiapa melihat atau sedar keberadaan mereka. Sejurus kemudian, peti besi yang sarat dengan wang tunai di muzium ninja lesap.

Kumpulan pencuri tersebut kata polis, telah melarikan peti keselamatan seberat 150 kilogram mengandungi wang bayaran masuk ke Muzium Ninja Iga-Ryu di tengah Jepun berjumlah AS$9,500 (RM39,681).

Muzium itu didedikasikan kepada legenda ninja iaitu pah­lawan zaman feudal Jepun yang mahir dalam seni bela diri dan sabotaj musuh.

Bagaimanapun, polis yang tiba di lokasi kejadian untuk melakukan siasatan berkata, kumpulan pencuri tersebut tidak secanggih mana.

“Mereka memecah masuk ke dalam muzium dengan menggunakan batang besi,” kata polis seperti laporan agensi berita Kyodo.

Akhbar Asahi Shimbun pula melaporkan, peti tersebut yang mengandungi wang bayaran masuk daripada kira-kira 1,100 pelawat, dicuri pada Isnin lalu.

Muzium ninja tersebut terletak di Iga, sekitar 350 kilometer ke barat daya Tokyo. Iga merupakan tempat tinggal dua puak ninja paling terkenal di Jepun pada masa dahulu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI