fbpx

Warga emas cedera jatuh dari tingkat 9 ke tingkat 6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas cedera pada kepala dan patah rusuk kanan selepas terjatuh di atas bumbung aras enam dari kediamannnya di tingkat sembilan Flat Idaman Seroja, Sungai Ara hari ini.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Seorang warga emas mengalami kecederaan pada kepala dan patah rusuk kanan selepas terjatuh di atas bumbung aras enam dari kediamannnya di tingkat sembilan Flat Idaman Seroja, Sungai Ara di sini tadi.

Mangsa lelaki berusia 74 tahun itu ditemui dalam keadaan separuh sedar oleh penduduk blok berkenaan kira-kira pukul 1 petang.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rohaizal Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.18 petang dan tiba ke situ kurang lima minit kemudian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa didapati telah terbaring di koridor flat berkenaan selepas dikatakan tergolek dari bumbung kediaman penghuni di aras enam.

“Dia (mangsa) sebelum itu dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat sembilan. Rawatan awal telah diberikan ke atasnya yang semasa itu berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya ketika Kosmo! di sini sebentar tadi.

Menurut Rohaizal, mangsa yang mengalami kecederaan pada kepala dan patah tulang rusuk kemudiannya diserahkan kepada pasukan ambulan St. John untuk dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Tambahnya, operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 2.05 petang tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI