fbpx

Tenis dominasi atlet wanita terkaya dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSAKA disenarai oleh majalah Forbes sebagai atlet wanita terkaya dengan menewaskan Serena di kedudukan kedua pada tahun ini. - AFP

AMERIKA SYARIKAT – Sembilan atlet wanita terkaya dunia beberapa tahun kebelakangan ini didominasi oleh pemain tenis, lapor satu kajian sebuah majalah ekonomi Amerika Syarikat (AS), Forbes.

Bintang tenis dari Jepun, Naomi Osaka merupakan pemain teratas dalam senarai dengan pendapatan dilaporkan sebanyak AS$37.4 juta (RM156.05 juta) mengatasi Serena Williams de­ngan AS$36 juta (RM150.21 juta).

Jaguh No. 1 dunia, Ashleigh Barty pula menduduki tempat ketiga dalam senarai atlet wa­nita terkaya dengan pendapatan tahunan berjumlah AS$13.1 juta (RM54.66 juta).

Pemain bola sepak wanita profesional AS, Alex Morgan merupakan satu-satunya atlet wanita bukan dalam kalangan pemain tenis menghuni kelompok 10 se­narai teratas dengan pendapatan berjumlah AS$4.6 juta (RM19.19 juta).

Morgan yang baru melahirkan cahaya mata sulung pada May lepas meraih pendapatan sebanyak AS$4.2 juta (RM17.52 juta) antara 1 Jun 2019 sehingga 1 Jun 2020.

Pasukan bola sepak wanita AS yang menjulang Piala Dunia pada Julai 2019 itu sedang berbalah dengan persekutuan bola sepak negara berkenaan dan melakukan rayuan untuk menentang keputusan hakim kerana menolak tuntutan mereka yang dibayar kurang berbanding skuad lelaki.

Dalam pada itu, kedua-dua Osaka dan Serena telah meme­cah rekod pendapatan tahunan sebelumnya iaitu AS$29.7 juta (RM123.92 juta) yang diraih oleh ratu tenis Rusia, Maria Sharapova pada tahun 2015. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI