fbpx

Warga emas maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA, Mamat Che noh terbaring selepas motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 24.3, Jalan Jeli-Dabong dekat Kuala Balah,Jeli semalam.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

JELI- Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika sedang melintas jalan di Kilometer 24.3, Jalan Jeli-Dabong dekat Kuala Balah di sini semalam.

Mangsa, Mamat Che Noh, 72, parah pada beberapa bahagian anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.50 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Jeli.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritendan Ahmad Ariffin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika mangsa yang sedang menunggang motosikal sebelum secara tiba-tiba melintas jalan.

Katanya, mangsa dipercayai tidak melihat kiri dan kanan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang datang dari arah Jeli ke Kuala Balah.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta itu terbabas sebelum merempuh dua lagi kereta yang sedang dipakir di tepi jalan.

“Mangsa dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan,” katanya.

Menurut Ahmad, mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengkebumian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI