fbpx

Rawang Hikers tampil berbusana tradisional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ahli kumpulan Rawang Hikers memperagakan busana tradisional ketika menyertai Program Hiking dan Kemasyarakatan di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak baru-baru ini.

KELAINAN. Seramai 30 orang ahli kumpulan Rawang Hi­kers dari Bukit Sentosa Rawang Selangor menyertai program Hiking dan Kemasyarakatan di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak baru-baru ini.

Ketua kumpulan, Ahmad Zahid @ Putra Mas Hassan berkata, program berkenaan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua ahli kumpulan untuk untuk merasai suasana kampung dan mengeratkan tali persaudaraan antara satu sama lain.

Selain itu, katanya, program berkenaan juga sebagai simbolik kepada gaya hidup sihat yang kini menjadi trend dalam kala­ngan golongan belia.
“Apa yang menarik dalam program ini, kami memperagakan busana tradisional di tengah sawah padi. Sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung kepada kami sungguh istimewa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI