fbpx

Premis loteri haram diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan yang dirampas susulan serbuan di sebuah premis di Jalan Tun Habab, Kota Tinggi yang menjalankan pusat pengiraan loteri awam secara haram. - Foto IHSAN POLIS

Oleh MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Empat suspek ditahan kerana disyaki menjalankan dan menguruskan pusat pengiraan (counting centre) loteri awam secara haram di sebuah premis di Jalan Tun Habab, Kota Tinggi, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, siasatan awal mendapati premis tersebut telah beroperasi selama dua bulan dan mengutip RM300,000 setiap kali hari pertaruhan.

“Serbuan dilakukan pada pukul 10.30 malam di mana sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki dan seorang perempuan tempatan berusia 19 hingga 28 tahun di premis berkenaan.

“Dalam serbuan tersebut polis telah merampas empat buah komputer riba, empat buah telefon bimbit, 84 helai catitan loteri haram dan peralatan elektronik dipercayai digunakan untuk kegiatan loteri haram tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hussin berkata, semua tangkapan direman sehingga 20 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 serta penjara tidak melebihi tiga tahun.

Jelasnya, mereka turut disiasat di bawah Seksyen 4A(a) ARJT 1953, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI