fbpx

Kempen PRK DUN Slim lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berjalan lancar tanpa gangguan apabila tiada sebarang laporan diterima pihak berkuasa sehingga kini membabitkan penyokong pihak-pihak yang bertanding.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, berdasarkan pemerhatian semasa, ketiga-tiga calon menjalankan kempen masing-masing dengan baik sekali gus menyaksikan proses PRK ini berjalan tenang.

Katanya, calon-calon bagaimana pun perlu sentiasa mengingatkan penyokong masing-masing agar tidak menimbulkan sebarang provokasi semasa berkempen yang boleh menjejaskan keharmonian.

“Sehingga kini kita belum menerima sebarang aduan membabitkan tingkah laku atau tindakan provokasi antara para penyokong semasa berkempen.

“Kita bersyukur proses berkempen calon-calon berjalan lancar dan pihak polis pula sentiasa mengawasi soal ketenteraman awam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan MPV Baharu Honda Civic 1.8 di Padang Kawad Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Sungai Senam di sini hari ini.

Dalam pada itu, Razaruddin turut mengingatkan pengundi termasuk mereka yang mengundi awal supaya tidak merakam gambar kertas undi yang telah dipangkah dan menyebarkannya di media sosial.

Tegas beliau, ia merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di mana tindakan undang-undang akan diambil terhadap pelakunya dan boleh dikenakan hukuman jika bersalah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI