fbpx

16 kes baharu positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 16 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 12 daripadanya kes penularan tempatan termasuk Kluster Tawar dan Kluster Sala, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,235 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan kes penularan tempatan itu, lapan kes daripada Kluster Tawar iaitu masing-masing empat di Kedah dan Pulau Pinang manakala tiga kes daripada Kluster Sala.

“Seterusnya, satu kes saringan sign-on kapal di Johor yang mana dia tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi empat kes import pula membabitkan bukan warganegara iaitu tiga kes dari Bangladesh dan satu kes dari Filipina.

“Selain itu, 23 kes telah pulih Covid-19 hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 8,925 kes iaitu 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, tujuh kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan manakala tiada pertambahan kes kematian dilaporkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI