fbpx

Remaja kena jel selama diperkenan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah-wajah pelajar yang antaranya terkorban dan cedera dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur 14 September 2017.

KUALA LUMPUR – Perbuatan kejam seorang remaja berusia 19 tahun yang membunuh 23 penghuni pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat empat tahun lalu, akhirnya berbalas apabila dia dihukum penjara di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu dan pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut.

Azman menjatuhkan hukuman penjara itu menurut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, yang mana hukuman penjara itu selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila tertuduh tidak boleh dikenakan hukuman mati memandangkan ketika kejadian dia berusia 16 tahun.

“Selepas mendengar keterangan semua pihak mahkamah mendapati tertuduh dengan sengaja melakukan khianat tersebut dengan niat membunuh, ” kata Azman.

 

Kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat empat tahun lalu.

 

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 16 tahun (ketika kejadian) itu bersama seorang yang tidak dicamkan didakwa atas 23 pertuduhan membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara pukul 4.15 pagi hingga 6.45 pagi pada 14 September 2017.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh di bawah umur 18 tahun (ketika kejadian) tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada 28 Januari lalu, mahkamah sama telah memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan tersebut.

Rakannya yang sebelum itu selaku tertuduh kedua, yang sebelum ini turut didakwa atas pertuduhan sama, telah dilepas dan dibebaskan.

Dalam prosiding itu pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim, manakala peguam bela Haijan Omar mewakili tertuduh.

Dalam kejadian menyayat hati itu, 23 mangsa maut ialah Muhammad Danieal Md. Amin, 14, Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13, Muhammad Hasrullah Ismaik, 14,  Muhammad Haikal Abdullah, 12, Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, Muhammaf Fahmie Abdullah, 11, Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11, Muhammad Aiman Ramzanudin, 12 , Azkar Dariemi F. Zaska, 8, Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan, Azkar Abiedi F. Zaska, 11.

Selain itu mangsa lain adalah Umar Al Khatab Helmi, 6, Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11, Muhammad Nizammudin Nasrun, 13,  Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11, Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10, Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16, Ahmad Harith Adam Mohd .Nor Hadi, 12,  Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13,  Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13,  Muhammad Zattulah Roslan, 11,  Mohd Yusuf Md, 26 (guru)  dan Mohd. Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru). – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI