fbpx

[VIDEO] Kecederaan Hafizh tidak serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH (kiri) HAFIZH sedia menampilkan tunggangan terbaik untuk meraih keputusan positif pada perlumbaan GP Barcelona di Litar Catalunya hari ini.

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tidak me­ngalami kecederaan serius selepas terlibat dalam insiden mengerikan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red Bull Ring, Spielberg semalam.

Kemalangan itu berlaku pada pusingan keempat daripada ke­seluruhan 25 pusingan menyaksikan pelumba pasukan Aspar berkenaan merempuh jentera Enea Bastianini yang merupakan pelumba pasukan Italtrans Ra­cing.

Jentera Bastianini berada di tengah litar selepas dia terjatuh sebelum Hafizh yang berada pada kelajuan tinggi tidak sempat mengelak lalu merempuh jentera berkenaan.

Insiden itu memaksa perlumbaan dihentikan buat seketika sebelum diteruskan dengan 13 pusingan sahaja yang menyaksikan pelumba Red Bull KTM, Jorge Martin muncul pemenang.

Sebaik kejadian berlaku, Hafizh terus dikejarkan ke pusat rawatan yang terletak di litar berkenaan dan dia dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Prinsipal pasukan Aspar, Gino Borsoi mengesahkan anak buahnya itu hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan sedar sepenuh­nya sejak insiden tersebut.

“Hafizh berada dalam kea­daan baik. Cuma badannya mengalami banyak lebam termasuk di bahagian pinggang. Bagaimanapun, dia berada dalam keadaan sedar,” kata ­Borsoi.

Pada masa sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendoakan keselamatan bekas pelumba Yamaha Tech 3 tersebut.

“Saya baru menerima khabar tentang kemalangan Hafizh Syahrin sebentar tadi (semalam) dan Alhamdulillah, beliau dalam keadaan sedar. Saya mendoakan Hafizh cepat sembuh,” ujarnya dipetik pada laman Facebook rasmi beliau.

Menurut ciapan di Twitter rasmi MotoGP, Hafizh akan dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan lanjut selepas mengalami hentakan di bahagian pinggul tetapi imbasan awal mendapati tidak ada sebarang keretakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI