fbpx

Kebangkitan semula sektor pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

 

SAIRUL ZAMRI MISRANI
WARTAWAN EKSEKUTIF

 

PENULARAN pandemik Co­vid-19 yang membadai dunia sejak Disember tahun lalu benar-benar meninggalkan impak besar kepada pelbagai sektor termasuk ekonomi.

Di Malaysia, ia turut dirasai banyak sektor dan industri utama negara lebih-lebih lagi pelancongan serta penerbangan.

Sejak Covid-19 mula ‘menje­ngah’ negara pada Februari lalu, sedikit demi sedikit sektor-sektor penting negara mula lumpuh dan tidak dapat beroperasi se­perti sedia kala.

Lebih perit, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan pada Mac lalu bagaikan menambah ‘luka tanpa darah’ buat semua pemain industri utama negara.

Pelaksanaan sekatan rentas negeri dan penutupan pintu sempadan negara turut membawa kesan langsung kepada larangan aktiviti ekonomi dan sosial, lebih-lebih lagi sektor pelancongan di dalam dan luar negara.

Banyak tempahan pakej pelancongan terpaksa ditunda selain jadual penerbangan dibatalkan waima ratusan agensi berkaitan terpaksa gulung tikar.

Pun begitu, setelah hampir tiga bulan sektor itu longlai dan jatuh terduduk, ia mula mendapat nafas baharu selepas kerajaan memberi ‘lampu hijau’ disusuli beberapa kelonggaran lain.

Menerusi PKP Pemulihan bermula 10 Jun lalu, sektor pelancongan domestik dibenarkan untuk beroperasi semula setelah mencatatkan kerugian berbilion ringgit.

Bagi Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Basri Rashid, pengumuman kebenaran operasi semula sektor pelancongan domestik memberi kelegaan buat pemain industri terlibat.

“Tindakan kerajaan itu dilihat satu langkah yang tepat pada waktunya.

“Pelancongan domestik harus diberi keutamaan bagi membantu merancakkan rantaian aktiviti ekonomi termasuk sektor penerbangan, penginapan, pengangkutan, peruncitan serta makanan dan minuman,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, tindakan itu sedikit se­banyak dapat me­nyuntik kelahiran semula sektor pelancongan domestik yang pernah kelam dan hampir ternoktah sebelum ini.

Senada dengan Basri ialah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof yang menyifatkan sektor pelancongan negara bagaikan ‘mati hidup semula’.

Katanya, tindakan pantas kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dilihat mampu memberi nyawa berterusan buat industri pelancongan negara untuk kekal berdaya saing dan bertahan.

“Tourism Malaysia berasa gembira melihat pantai, resort, taman tema dan restoran mula menerima tempahan.

“Kerajaan telah membuktikan bahawa tidak mustahil untuk bangkit semula daripada pandemik yang memilukan ini, namun pada masa sama kita harus membuktikan dapat melawan Covid-19 secara total hingga negara bebas wabak ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, perlu diingatkan bahawa kelonggaran yang diberikan bukan ‘tiket’ bagi rak­yat di negara ini mengetepikan prosedur operasi standard dan pelbagai kebiasaan baharu yang diterapkan.

Walaupun keterujaan untuk melancong dan bercuti ke pelbagai lokasi dalam negara membuak-buak, jangan sesekali kita alpa bahawa wabak Covid-19 masih ada dan kita berpotensi terdedah dengan jangkitan virus tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI