fbpx

Tingkatkan rondaan keselamatan di pusat beli belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Habibi (dua dari kiri) memotong reben sempena Program Komuniti Polis dan merasmikan Kedai Emas Sofia di Kota Kinabalu

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bakal meningkatkan kehadiran anggota sekitar lokasi awam khususnya pusat beli-belah dalam usaha memelihara serta menjamin keselamatan setempat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, walaupun semua pusat beli-belah kebiasaan memiliki pengawal keselamatan sendiri namun pihaknya tetap menetapkan dua orang anggota di dalam bangunan manakala dua lagi anggota di luar bangunan.

“Ia adalah bertujuan supaya pengunjung berasa selamat dan selesa sepanjang berada di sesebuah pusat beli-belah sekitar bandar raya ini.

“Langkah ini juga bertujuan supaya orang awam serta pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sudah ditetapkan kerajaan.

“Bagaimanapun, setakat ini kita belum mencatatkan kejadian jenayah serius dalam pusat beli-belah selain hanya kes terpencil dilakukan oleh remaja nakal seperti melarikan alat penyukat suhu badan yang diletakkan di luar premis, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Komuniti Polis dan merasmikan Kedai Emas Sofia di Centre Point hari ini.

Dalam pada itu, Habibi berkata, rondaan seawal pembukaan masa operasi pusat beli-belah akan dilaksanakan pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

“Polis akan teruskan kolaborasi bersama pusat beli-belah bagi memelihara dan menjamin keselamatan semua pengunjung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI